Kanak-kanak lelaki Vietnam berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam cerucuk konkrit sempit di tapak pembinaan pada malam tahun baharu disahkan meninggal dunia.<br /><br />Menurut media tempatan, pasukan penyelamat menghabiskan hampir 100 jam cuba membebaskan Ly Hao Nam dari tiang sokongan sepanjang 35 meter yang didorong ke dalam tanah, namun tidak berjaya.
